Wajah misteri wanita cantik, orb, kanak-kanak, toyol dan pontianak, Dewan Sekolah, Smk Gurun, Kedah
Picture by: Augustine Towonsing
Location: Dewan Sekolah, Smk Gurun, Kedah.
Tarikh: 27 Mei, 2005 @ 8.14 p.m
Camera Model: Canon Powershot S1 - Digital.
Latar belakang:
----------------
Location: Dewan Sekolah, Smk Gurun, Kedah.
Tarikh: 27 Mei, 2005 @ 8.14 p.m
Camera Model: Canon Powershot S1 - Digital.
Analysis software: Paint, Windows Picture and Fax Viewer, MsOffice Picture Manager dan Turbo Photo Editor.
Latar belakang:
----------------
Gambar ini telah diambil semasa perkhemahan unit-unit beruniform di sekolah ini dan gambar ini dirakam sebelum bermula persembahan malam budaya di dalam dewan sekolah. Di dalam gambar ini terdapat beberapa objek misteri seperti kewujudan 2 orang wanita jelita, orb, kanak-kanak, toyol dan juga lembaga pontianak.
Untuk memudahkan anda mengikuti analisa ini, gambar asal telah saya tandakan dengan turutan nombor 1 hingga 6 seperti di dalam gambar di bawah.

Analisa:
-------
1: Wajah wanita jelita misteri.
------------------------------
Bahagian pertama seperti di dalam gambar ini memperlihatkan wajah seorang wanita di balik tingkap sambil melihat ke dalam. Dalam gambar asal, wajah wanita ini agak malap dan tidak dapat dikenalpasti jika tiada tumpuan yang tinggi. Tetapi, analisa ini telah dibantu oleh beberapa perisian dan akhirnya dapatlah hasil seperti di bawah.

2. Orb.
-------
Orb ini agak ketara pada gambar asal bahagian spotted 2 tetapi untuk memastikan bahawa ini adalah wajah misteri maka saya telah zoom bahagian ini sehingga 500% dan dengan bantuan perisian penganalisa akhirnya saya berjaya mendapatkan hasil seperti di bawah.

3. Wajah misteri seorang kanak-kanak.
---------------------------------------
Bahagian ini juga pada gambar asal memang agak ketara tetapi untuk memastikan bahawa ini adalah wajah misteri maka analisis telah dijalankan dan akhirnya wajah misteri seorang kanak-kanak lelaki berjaya dikenalpasti dan saya berpendapat bahawa kanak-kanak ini dalam lingkungan usia 5 tahun. Tetapi malangnya, bahagian bawah iaitu dada dan perut kanak-kanak ini terdapat lagi wajah-wajah misteri yang sukar dikenalpasti.

4. Wajah misteri wanita jelita.
-----------------------------
Pada gambar asal bahagian ini memang sangat tidak kelihatan tetapi saya agak beruntung kerana memiliki komputer yang beresolusi tinggi akhirnya saya dapat melihat bayangan wanita ini. Untuk analisa sebagai perkongsian saya telah analisis bahagian ini dan kejayaan adalah seperti yang di bawah. Perhatikan wanita ini kelihatan agak terperanjat atau terpesona.

5. Toyol.
--------
Bahagian ini sangat istimewa, walaupun tidak dapat dilihat dengan jelas dalam gambar asal tetapi hasil analisis menunjukkan bahawa bahagian ini adalah bahagian positif. Kewujudan susuk tubuh di sini hampir menyamai deskripsi tentang toyol - Mata bulat yang besar, tubuh berwarna hijau, saiz tubuh sebesar bayi dan telinga yang tajam. Spotted 5 memperlihatkan dalam satu barisan 3 susuk tubuh toyol ini.

6. Wajah misteri - Pontianak.
-----------------------------
Gambar ini pada saya adalah gambar yang paling unik dan paling istimewa kerana berjaya merekodkan gambar sebenar wajah-wajah misteri. Dalam gambar asal sememangnya tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Tetapi, jika anda memiliki teknologi beresolusi tinggi halangan ini dapat diatasi. Gambar di bawah inilah memperlihatkan wajah pontianak yang sebenar. Gambar ini paling istimewa kerana terdapat memperincikan deskripsi wajah pontianak - wajah hodoh, rambut panjang melepasi tubuh, pakaian seperti pakaian baju tidur warna putih. Dapatkah anda melihatnya? Jika tidak maka anda harus berusaha menggunakan otak belakang yang digunakan untuk mengesan objek misteri - Unconcious Brain.

Hasil Analisis.
--------------
Dalam gambar ini, saya berpendapat bahawa sekolah ini memiliki entiti tersendiri. Saya berpendapat bahawa wajah-wajah misteri ini wujud serta sudi memperlihatkan wajah sebenar mereka di dalam photo kerana ingin menyampaikan pesanan yang tak sempat disampaikan sebelum beralih ke dunia satu lagi. Walaupun, terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa penampakan sering berlaku kerana wajah-wajah misteri ini tidak menyedari mereka telah mati-Penampakan wajah seperti manusia.
Jika anda mempunyai pandangan lain dipersilakan memasukkan komen anda di dalam komen.
Cikgu Augustine Towonsing
Pengkaji.
31 Ogos, 2005

0 Comments:
Post a Comment
<< Home