Thursday, September 01, 2005

Wajah misteri di Pusat Peranginan Gunung Jerai, Kedah.

Picture by: Augustine Towonsing
Location: Pusat Peranginan Gunung Jerai, Kedah.
Tarikh: 05 Februari, 2004
Camera Model: Canon SLR EOS88
Analysis software: Paint, Windows Picture and Fax Viewer, MsOffice Picture Manager dan Turbo Photo Editor.
Latar Belakang:
----------------
Gambar ini adalah gambar keluarga saya yang telah diambil pada tahun 2004 dan saya tidak mengetahui bahawa gambar ini telah merekodkan wajah misteri sehingga pada tahun ini apabila saya mula buat kajian tentang wajah-wajah misteri. Di dalam gambar ini saya telah mengesan wajah seorang wanita yang sangat muda (mungkin seorang kanak-kanak) dan juga pembentukan tengkorak pada dinding batu buatan di belakang sebuah restoran seperti di dalam gambar di bawah yang telah saya tandakan dengan tanda A dan B.
[ Sila download gambar untuk melihat kawasan aktif dalam kotak warna biru muda, Gambar terlalu besar untuk paparan!]
Analisa.
--------
A) Gambar wanita.
--------------------
Gambar yang saya tunjukkan di bawah merupakan hasil analisa selepas gambar ini telah discan dan dizoom sehingga 400% dan dianalisa dengan perisian Windows Picture and Fax viewer. Dalam gambar ini kelihatan wajah misteri seseorang yang mempunyai sepasang mata yang bulat seakan-akan mata kucing tetapi badan tidak kelihatan. Perhatikan gambar di bawah.
B) Tengkorak.
--------------
Bahagian ini sangat mudah dikesan kerana dengan mata kasar juga dapat mengesan kewujudan tengkorak berkenaan. Untuk memastikan bahagian ini adalah positif dengan entiti maka saya telah zoom dan hasilnya saya dapati bahawa dalam tengkorak berkenaan memiliki anak mata seperti di dalam gambar di bawah ini.
Hasil Analisis:
---------------
Saya berpendapat bahawa pusat peranginan ini merupakan kawasan yang aktif dengan kewujudan wajah-wajah misteri. Apa yang pasti jika kita berada di kawasan ini kita perlu menghormati entiti berkenaan kerana gambar ini telah membuktikan bahawa tempat ini adalah positif dengan wajah-wajah entiti.
Jika anda ada pertanyaan atau komen sila berikan komen anda di bawah.
Cikgu Augustine Towonsing
Pengkaji.
31 Ogos, 2005

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©2005 - 2006. Augustine Towonsing. All rights reserved. Malaysian Ghost Research - Associated IGHS Club.